Contoh Karangan Faedah Program Kit Ar Semula
Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi 'pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan '. Mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas. Program kitar semula dapat mengurangkan kuantiti sampah kerana bahan buangan seperti surat khabar. Bahan berkenaan tidak harus dibuang di merata-rata tempat kerana ada banyak faedah yang boleh kita peroleh jika dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Karangan Bahagian A.
Banyak kebaikan yang boleh diperoleh dengan mengitar semula, bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada manusia, malahan kepada haiwan dan alam sekitar. Kitar semula berpotensi menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Buat pengetahuan rakyat Malaysia, negara kita dilanda masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Hal ini demikian kerana, saban hari kuantiti sampah di Malaysia semakin meningkat. Tidak mustahil, suatu hari nanti kawasan perumahan kita juga boleh dijadikan tapak pelupusan sampah.
Selain itu, kitar semula boleh memberikan keuntungan. Kebanyakan penduduk yang kurang pendapatan, boleh mengasah bakat mereka untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada bahan yang tidak mahu digunakan lagi. Sebagai contoh, surat khabar boleh diinovasikan menjadi sebuah bakul yang cantik dan menarik sekali. Berbagai-bagai kraf tangan lain yang boleh dihasilkan daripada surat khabar mahupun tayar-tayar lama. Seterusnya, kraf-kraf tangan yang dihasilkan boleh dipasarkan dengan harga yang berpatutan. Seterusnya, kitar semula juga dapat mengurangkan penggunaan bahan mentah baru. Kebanyakan bahan mentah diperoleh daripada sumber hutan.
Misalnya, kertas diperbuat daripada pokok dan tayar-tayar kenderaan diperbuat daripada getah. Jika amalan kitar semula diabaikan dalam kalangan masyarakat, negara kita bakal ketandusan sumber hutan. Habitat haiwan-haiwan yang tinggal di dalam hutan juga berkemungkinan besar akan pupus.
Mereka juga boleh membahayakan nyawa manusia kerana apabila haiwan-haiwan tersebut kehabisan sumber makanan, mereka akan berkeliaran di kawasan kediaman manusia untuk mencari makanan. Tuntasnya, kitar semula membawa begitu banyak kebaikan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar.
Oleh itu, amalan kitar semula harus diambil peduli dalam kalangan masyarat kita.
Pihak kerajaan dan kerjasama NGO giat melaksanakan kempen kitar semula di kalangan masyarakat sejak beberapa tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, program kitar semula ini masih belum mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat. Namun usaha menyedarkan masyarakat mengenai kebaikan kitar semula perlu dipergiatkan lagi. Terdapat beberapa kebaikan program kitar semula diperkenalkan kepada masyarakat. Antara kebaikan program kitar semula ialah kita dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar.
Contoh proposal skripsi manajemen pemasaran. • Mochammad Soleh Soeaidy S.E., M.Si.
Melalui program kitar semula, bahan-bahan buangan seperti kertas, kaca dan plastik akan dikumpulkan dan dihantar ke kilang kitar semula. Oleh itu, alam sekitar akan menjadi bersih kerana bahan buangan tidak dibuang sesuka hati ke dalam sungai, laut atau semak. Sesungguhnya, alam sekitar yang bersih akan menghindarkan kita daripada penyakit yang dibawa oleh nyamuk, lipas dan tikus. Selain itu, program kitar semula dapat menambahkan pendapatan kita. Bahan--bahan buangan seperti plastik, kertas dan besi ada harganya di pasaran. Kita akan memperolehi wang apabila menjual barang-barang ini kepada pihak kilang kitar semula. Wang yang kita perolehi ini boleh digunakan untuk membeli barang-barang keperluan harian kita. Taken 2 ita movie torrent download.
Dengan melakukan aktiviti kitar semula, kita juga dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni tersebut ialah berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar. Melalui amalan berjimat cermat, kita akan menggunakan bekas plastik sehingga rosak dan tidak membazir. Melalui amalan bertanggungjawab pula, kita akan mengitar semula barangan yang boleh dikitar semula dan tidak akan membuangnya ke dalam semak atau ke dalam sungai. Di samping itu, kita dapat menjimatkan sumber alam yang semakin berkurangan. Dengan aktiviti kitar semula kertas-kertas lama, kita dapat mengelakkan penebangan pokok bagi menghasilkan kertas. Kitar semula besi buruk pula dapat mengelakkan logam besi cepat habis.
Bagi bahan plastik pula, kita bukan sahaja dapat menjimatkan sumber untuk membuat bahan plastik tetapi kita juga dapat mengelakkan kesan buruk daripada bahan kimia yang dihasilkannya. Aktiviti kitar semula juga dapat membuka satu lagi peluang pekerjaan kepada rakyat di kilang kitar semula. Secara tidak langsung aktiviti ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran di kalangan rakyat. Sesungguhnya, rakyat yang mempunyai pekerjaan akan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Rakyat yang mempunyai pekerjaan juga akan terhindar daripada melakukan masalah sosial seperti mencuri dan merompak. Aktiviti kitar semula mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat dan negara.